Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam perkenalan kepada saudara/i...sumbangan anda dalam bentuk nasihat dan motivasi diri untuk blog saya amat dihargai.....terima kasih ya. :)

"Kejayaan seseorang itu terletak kepada pengalaman hidupnya.."

Ahad, 22 Julai 2012

Dah lama tak masuk blog ini. Bukanya ape, kesibukan menguruskan hal-hal peribadi yang dah tentu tiada kesudahannya. Tapi itu bukannya alasan bagi orang yang MALAS...
Hari ini dah 3 malam solat tarawikh..dulu masa kecik2..kita sebut TAWARIKH (Sejarah).Macam-macam peristiwa berlaku pada masa itu. Orang tua-tua sibuk bertasbih, budak-budak kat belakang sibuk rebut kuih. Macamane nak dapat pahala. Datang ke masjid sebab nak rebut kuih, bukan nak tarawikh..Tapi itu dulu, zaman kanak-kanak yang tidak mengerti apa itu solat. Tapi sekarang tak boleh buat macam tu..kita datang ke rumah Allah untuk beribadah, mencari pahala dan keredaan Ramadhan. Ramai sungguh kanak-kanak yang seronok ke masjid atau surau tapi amat berkurangan para REMAJA. Kemana kamu sekelian? Ulangkaji nak PMR , SPM atau STPM? Alasan orang yang tak mau bertarawikh..tapi anda perlu ingat, ustaz beritahu, jika nak lulus cemerlang kita kena solat. Apatah lagi solat sunat yang datang sebulan dalam 1 tahun ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merahmati ilmu kita dan amalan kita. Amin.

Sabtu, 3 Mac 2012

Ke Bumi Kenyalang 1985-1990

16 Disember 1985
Langkahkakiku yang pertama berjauhan dari keluarga. Inilah kali pertama aku menaiki kapalterbang.Penempatan pertamaku setelah keluar dari Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur ialah SARAWAK.Rakanku disebelah ialah Mahisham berasal dari Kelantan.
Al-Fatihah buat sahabatku yang telah kembali kerahmatullah..Semoga rohnya dirahmati Allah..Amin.