Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam perkenalan kepada saudara/i...sumbangan anda dalam bentuk nasihat dan motivasi diri untuk blog saya amat dihargai.....terima kasih ya. :)

"Kejayaan seseorang itu terletak kepada pengalaman hidupnya.."

Ahad, 22 Julai 2012

Dah lama tak masuk blog ini. Bukanya ape, kesibukan menguruskan hal-hal peribadi yang dah tentu tiada kesudahannya. Tapi itu bukannya alasan bagi orang yang MALAS...
Hari ini dah 3 malam solat tarawikh..dulu masa kecik2..kita sebut TAWARIKH (Sejarah).Macam-macam peristiwa berlaku pada masa itu. Orang tua-tua sibuk bertasbih, budak-budak kat belakang sibuk rebut kuih. Macamane nak dapat pahala. Datang ke masjid sebab nak rebut kuih, bukan nak tarawikh..Tapi itu dulu, zaman kanak-kanak yang tidak mengerti apa itu solat. Tapi sekarang tak boleh buat macam tu..kita datang ke rumah Allah untuk beribadah, mencari pahala dan keredaan Ramadhan. Ramai sungguh kanak-kanak yang seronok ke masjid atau surau tapi amat berkurangan para REMAJA. Kemana kamu sekelian? Ulangkaji nak PMR , SPM atau STPM? Alasan orang yang tak mau bertarawikh..tapi anda perlu ingat, ustaz beritahu, jika nak lulus cemerlang kita kena solat. Apatah lagi solat sunat yang datang sebulan dalam 1 tahun ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merahmati ilmu kita dan amalan kita. Amin.